Artis Viral

“Bulu mata palsu pun mintak balik”- Gadis Dedahkan Nama Butik Yang Mekap Buruk Wajahnya.

Tular hari ini  seorang wanita yang dikenali sebagai Yana Nazaruddin di Facebook yang merasakan seperti di aniaya oleh seorang mak andam yang menyolek wajahnya dengan buruk dan tidak menerima pendapat pelanggan apabila di tegur.

 

Isu beliau mendapat perhatian MUA terkenal Bellaz yang ingin menaja pakaian dan menyolek wajahnya semula.

Tampil memberikan respon atas isu yang viral ini, beliau menceritakan kembali apa yang berlaku dan turut mendedahkan nama butik yang bertanggungjawab ke atasnya

Bismillah Assalamualaikum.terima kasih yang mendoakan dan terima kasih jugak kepada Mua2 yg sudi sponser makeup. InshaAllah lepas pkpb dan dapat kebenaran merentas negeri saya akan berjumpa Mua Bellaz.

Butik menggantikan MUA lain saat akhir

Nilai upah makeup yang dibayar bukan lah murah tetapi ratusan ringt. Dijanjikan Mua lain yang makeup tapi ditukar last minute kepada Mua terjun. Selepas proses makeup dilakukan keluarga saya sudah menegur Mua tersebut tetapi tak diterima dan memberi alasan ‘jangan bandingkn makeup dia dengan makeup yang lain ‘ .bila disuruh utk diubah terus sentap dan balik. Saya sgt kecewa bila dapat hasil makeup yg macam tu. Sampai terpaksa remove sendiri dan makeup sendiri utk bersanding walaupun barang tak cukup.

Tidak menitik beratkan soal kebersihan

Proses makeup yang sangat tidak professional ,tiada face base dan hygiene dilakukan. Malah eyelashes pun diminta refund ‘boleh lagi 5org pakai ‘ .bila diminta berbincang baik2 utk refund makeup tapi yang dilayan ibarat diri ni dihalau..pastu bagi crown pun dah reput tersentuh sikit pun boleh patah dituntut harga crown sehingga 200 wlaupun pada asalnya crown memang dh ada yang patah dan hilang batu nya dan mempunyai kesan gam.Veil yang diberi pun sudah lusuh. Bila dibuka pelamin sampai rosak kipas rumah kami dan Dijanjikan utk dibaiki tapi sehingga sekarang tiada apa2 respond pun. Satu permintaan maaf dari beliau tak wujud langsung. Kecewa sungguh jadi macam ni pada hari bahagia.

Perbualan Whatapps di antara Yana dan mak andam dari butik atau di kenali Salun Darina di Kuala Selangor

 

May be an image of 1 person and text

As salam. Selamat pagi semua . Ada... - Gluta Plus HQ - Sejagat | Facebook

Komen netizen

sumber : yana nazaruddin / HMT network

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *