COVID-19

Walaupun Ada Risik0, Menteri Kesihatan Beri Sebab Untuk Teruskan Pengambilan Vaksin AstraZenec4.

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk terus menggunakan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca berikutan ujian klinikal mendapati manfaat kebaikan vaksin itu jauh lebih tinggi daripada keburukan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini yang dipengerusikan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, pihaknya maklum dengan kesan dan faktor yang menyebabkan berlakunya pembekuan dar4h (thrombosis) selain kesan sampingan bvruk daripada penggunaan vaksin berkenaan.

“Antara perkara yang dibincangkan tentu sekali ialah vaksin dari UK (United Kingdom) iaitu AstraZeneca. Kita ambil maklum mengenai elemen yang dikemukakan iaitu (kesan sampingan buruk) dan faktor yang menyebabkan thrombos1s.

“Kita sudah membuat perjanjian untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca dari kilang di Thailand dan kemudahan COVAX di Korea Selatan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Tandatangan Nota Kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengangkutan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kes kesan sampingan yang dikaitkan dengan vaksin keluaran AstraZeneca termasuk insid3n yang membabitkan kemati4n di beberapa negara.

UK dikatakan mengenal pasti 30 kes dar4h beku selepas pengambilan vaksin COVID-19 AstraZaneca.

Agensi Kawal Selia Produk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian dar4h beku berpunca daripada pengambilan vaksin keluaran BioNTech dan Pfizer Inc.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, mereka tetap percaya manfaat pengambilan vaksin dalam mencegah COVID-19 jauh lebih baik berbanding risiko kemungkinan berlaku kejadian dar4h beku.

Sumber : Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *