Dia Hisap Rokok Pun Tak, Isteri Adik Achik SPIN Minta Jangan Tuduh Suami Hisap Dad4hh

Lebih menyedihkan, kebanyakan komen netizen berkaitan foto itu mendakwa Khalis menjadi begitu disebabkan sakit akibat mengambil da.dah.

Zalina ketika dihubungi mengakui foto yang tular itu adalah suaminya, namun orang ramai tak perlulah menjatuh hukum lebih awal terhadap Khalis tanpa tahu mengenai tahap kesihatannya.

“Suami saya seorang yang anti da.dah dan dia juga bukan perokok. Keadaan kesihatannya kurang baik disebabkan pen.yakit kencing manis yang dihidapi selama ini.

“Khalis hanya diketahui menghidap kencing manis, Februari lalu apabila dia dimasukkan ke ke Unit Rawatan Koro.nari (CCU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban kerana paras gula dalam badan terlalu tinggi,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai tubuh Khalis terlalu kurus dan wajah cengkung, Zalina berkata, berat badan suaminya yang kini masih dirawat di HTJ sejak kelmarin hanya 32 kilogram (kg) berbanding sebelum sakit, 50kg.

Zalina berkata, pagi kelmarin Khalis masih dalam keadaan baik, bagaimanapun pada waktu tengah hari dia tiba-tiba separuh sedar.

“Saya cuba memanggilnya tetapi tiada respon sebelum kami membawanya ke HTJ. Dia kemudian dimasukkan ke zon merah jam 5 petang hingga 11 malam kelmarin. Selepas itu baru dia ditempatkan di wad biasa.

“Bagaimanapun, semalam dia mula sedar dan sudah boleh bercakap. Namun, tubuhnya masih sangat lemah serta kurang bertenaga,” katanya.

Menurut Zalina, doktor memaklumkan suaminya menjadi lemah dan tidak sedarkan diri kerana kandungan garam dalam badan menurun akibat tiada selera makan termasuk kurang minum.

“Apapun, saya mohon hentikan komen- komen negatif terhadap suami terutama dakwaan dia mengambil barang terlarang itu.

Sebagai isteri, saya kesal suami didakwa sebegitu sedangkan dia sebenarnya dalam keadaan sa.kit.

“Saya juga mohon doakan yang baik-baik buat suami dan semoga dia kembali pulih.

Saya tahu mulut orang tak boleh ditutup dan kami hanya mampu positif saja menghadapi perkara ini,” katanya.

Khalis yang juga adik kepada Allah.yarham Achik Spin dan abang kepada penyanyi, Tajul Ariff pernah popular dengan lagu Semakin Rindu pada 2017. Video muzik lagu itu di YouTube sudah mencatat 10 juta tontonan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*