Viral

Isu Perkahwinan Serina Redzuwan Bakal Di Siasat Polis, Rupanya Ini Kesalahan Yang Suami Beliau Lakukan.

IPOH: Pegawai polis berpangkat inspektor yang dikaitkan dalam  kontroversi perkahwinannya bersama pelakon, Serina Redzuawan  tidak bertugas di Kontinjen Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai berkenaan telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019 sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019.

“Saya difahamkan, satu kertas siasatan tatatertib  dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.

Menurut  beliau, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai terbabit sekiranya siasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua daripada pasukan.

Bagaimanapun, Mior Faridalathrash berkata, difahamkan perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Bergantung kepada siasatan (bentuk hukuman). Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana siasatan dijalankan JIPS Perlis,” katanya.

Semalam, menerusi laporan sebuah portal, seorang wanita mendakwa dia masih bergelar isteri kepada pegawai polis terbabit semasa bekas suaminya melangsungkan perkahwinan dengan Serina.

Dakwa wanita itu, pasangan berkenaan dipercayai bernikah secara senyap di Perlis pada pertengahan Februari lalu sebelum dia pula diceraikan  pada 9 Mac lalu.

Sehubungan itu, wanita berusia 34 tahun yang merupakan pensyarah sebuah kolej di Kampar membuat aduan kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu kerana mendakwa perkahwinan itu berlangsung tanpa kebenarannya selaku isteri pertama. –

sumber : UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *