Artis

Neelofa Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik, Tak Sangka Ini Respon PU RIZ..

Kisah bermulanya bibit-bibit cinta antara pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz sudah lama menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Akhirnya, baru-baru ini pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu membuka mulut tentang saat manis hatinya dicuri oleh jejaka berusia 26 tahun berkenaan.

Berkongsi kisah ‘sweet’ hatinya dicuri PU Riz

Menerusi perkongsian secara ‘live’ yang disiarkan di laman Instagram Markaz Tijaari, usahawan jenama Naelofar itu membocorkan rahsia kisah cinta mereka yang bermula sejak Ramadan tahun lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by هـ & ن (@lofa.haris)

“Ni Al-Quran yang Haris bawa untuk terawih dengan kitorang semua bulan Ramadan dulu, waktu cinta mula berputik. Haris tertinggal Quran kat rumah I lepas tu I pun kebas.
“I guna Quran ni untuk kelas tilawah, Haris mintak balik, I tak bagi sebab dah tanda. It’s mine now. Ikhlas tak bagi ni?” ujar Neelofa mengusik suami tercinta.

PU Riz tertinggal Al-Quran, Neelofa ‘pinjam’

Menurut Neelofa, pada mulanya PU Riz membawa Al-Quran tersebut untuk menunaikan terawih bersama keluarga Neelofa pada Ramadan tahun lepas.

Namun begitu selepas selesai menunaikan solat terawih berjemaah, PU Riz terlupa membawa pulang Al-Quran miliknya itu.

Bagaimanapun, menerusi video berkenaan wajah PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail jelas kelihatan malu-malu apabila Neelofa berkongsi cerita namun masih tersenyum simpul.

Lofa jenis meluah, Riz cover.. ‘Balance’ dalam perkahwinan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat aksi kedua pasangan pengantin baharu terbabit dan mendoakan agar rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.

Semoga kekal hingga Jannah

Ustaz Riz malu

Tinggal Al-Quran dengan hati sekali

 

Sweet sebab diorang tak pernah tunjuk

Terdahulu, pasangan itu selamat diijabkabulkan di sebuah hotel mewah iaitu Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dengan hanya keluarga serta rakan karib yang dijemput hadir, pada 27 Mac 2021.

Sumber: Instagram @lofa.haris /omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *