Ramai Ingin Tahu Neelofa Di Kompaun Atau Tidak, Ini Kata Polis..

 

 

Berikutan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis pernikahan, pihak polis mencadangkan kompaun dikeluarkan terhadap Neelofa dan suaminya, PU Riz.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz - Utusan Digital

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan. Polis memberi cadangan untuk dikompaun,” katanya.

Terdahulu, pihak polis membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz. Kes disiasat mengikut Seksy3n 21A Akta Penceg4han dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Video) Tahniah, Neelofa Dan PU Riz Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu pelanggaran SOP apabila tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*