Uncategorized

” Keputusan yang belum tentu semua orang mampu lakukan” Isteri Along Eyzendy Derma Buah Pinggang Kepadanya..

Sebelum ini, pelakon yang banyak membintangi filem-filem box-office, Along Eyzendy, 42 pernah mengejutkan ramai apabila mengakui menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Hal tersebut disuarakan olehnya dan sudah pasti ia menjadi salah satu sebab mengapa pelakon berbakat itu agak menyepi dari dunia hiburan.

Isteri derma sebelah buah pinggang


Dalam satu perkongsiannya di Facebook semalam, pemilik nama Mohd Eyzendy bin Mohd Aziz telah berada di Hospital Selayang sejak lima hari yang lalu bagi menjalani pembedahan menerima buah pinggang baru yang didermakan oleh isterinya sendiri.

Isteri nampak tenang dan kuat
Along memaklumkan bahawa pada pagi ini dia dan isteri akan masuk ke dalam bilik pembedahan bagi menjalani pemindahan buah pinggang.

Pelakon itu mengakui bahawa isterinya seorang yang kuat apabila terlihat sangat tenang dan menasihatkannya supaya bertawakal kepada Allah.

May be an image of 5 people and text

Rasa bersyukur punya isteri yang sanggup berkorban
Dikesempatan ini, Along menzahirkan rasa syukur yang tak terhingga apabila dikurniakan seorang isteri yang sangat setia dan sanggup berkorban demi kehidupannya kerana pembedahan yang berlaku adalah melibatkan nyawanya juga.

Di akhir perkogsian itu, dia berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka berdua dalam menghadapi ujian ini.

Perkongsian daripada Along Eyzendy telah mendapat perhatian warganet. Rata-rata mendoakan agar pelakon ini dan pasangannya dipermudahkan urusan dan pembedahan tersebut berjalan dengan lancar.

Semoga Along Eyzendy dan isteri segera sihat dan kembali dapat bekerja seperti biasa.

Sumber: Eyzendy Aziz

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *