Kisah Masyarakat

Rider Meninggal Di Hempap Pokok, Ibu Sedih Anak Menjadi Harapan Sara Keluarga Selepas ayah Sakit.

Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembed4han, Syed Izzat Izzudin yang mengambil alih tugas mencari rezeki untuk menyara keluarga kami,” kata Inang Suhana Abu Baar.

Inang adalah ibu kepada penghantar makanan GrabFood yang meninggal dun4 selepas dihempap pokok tumbang akibat ribut di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras, semalam.

Menurut laporan Bernama, Inang berkata arwah yang berusia 20 tahun adalah anak yang rajin membantu keluarga, namun dia bersedih kerana tidak boleh menerima kenyataan cara kematian Allahyarham.

“Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang), tetapi tidak menyangka ia berlaku kepada anak sendiri,” katanya.

Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Selain itu, menerusi beberapa posting di laman Facebook, ahli keluarga dan kenalan rapat Syed Izzat turut meluahkan perasaan sebak atas pemergian mangsa.

Terdahulu, tular gambar dan video mangs4 di media sosial yang dibantu orang ramai dalam keadaan hujan lebat sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak Petronas Alam Damai.

Sumber: Bernama , Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *