Viral

Kebenaran Rentas Negeri Di Perketatkan, Hanya 3 Sebab Ini Sahaja Di Benarkan.

PDRM mengetatkan kebenaran rentas negeri mulai hari ini.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan kebenaran rentas negeri bermula hari ini, susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kebenaran hanya tertakluk kepada tiga situasi sahaja.

“Pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) diarah untuk tegas dalam penguatkuasaan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Rentas negeri hanya dibenarkan bagi kes kecemasan keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Bagaimanapun, rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri.

Notis arahan berkenaan yang diletakkan di balai polis turut tular di media sosial hari ini.

Rata rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan syarat nombor 3 dimana suami atau isteri jarak jauh boleh rentas.

Anak anak yang sudah lama tidak berjumpa ibu bapa atau keluarga tidak dapat rentas.

Komen Netizen:

“Undang undang tersebut untuk rakyat biasa saja , kecuali kaum kerabat mereka dan VVIP ok saja.”

“Ada lg tu..xckup.. Ke empat.. Artis nak pergi bercuti ( kerja luar kawasan )”

“Nak jumpa makayah masa hidup. Dah meninggal buat apa”

“Pjj boleh plak. Kami yg ade makpak kt kg ni mcm mne?”

Polis Selangor perketat kebenaran rentas negeri

Polis Selangor akan memperketatkan serta memberi lebih penelitian terhadap borang kebenaran rentas negeri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Bukit Aman sudah mengarahkan supaya meneliti terhadap semua permohonan rentas negeri.

“Kita akan memberi kebenaran rentas negeri kepada mereka yang ada kaitan dengan pekerjaan, pendidikan, kecemasan, sakit serta kematian.

“Kita mungkin akan menambah sekatan jalan raya sekiranya perlu terutama pada hari minggu kerana kita mengesan banyak pergerakan dilakukan dalam tempoh itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan berasingan, Arjunaidi memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan.

“Berdasarkan pemerhatian pada dua hari Ramadan, kita mendapati banyak berlaku pelanggaran SOP terutama membabitkan penjarakan sosial,” katanya.

Menurutnya, ketua polis daerah sudah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua individu yang melanggar SOP.

Boleh rentas negeri, tapi bersyarat | Astro Awani

“Kita berharap masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerana kita tidak mahu timbul kluster baharu,” katanya.

Katanya, penganjur bazar pula diingatkan supaya bertanggungjawab mengawal dan menyelia bazar Ramadan.

“Mereka akan berdepan tindakan tegas jika gagal mengawal dan menyelia bazar tersebut,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE / INFO ROADBLOCK JPJ/POLIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *