Viral

Sajat Rasa Bebas Sambil Tayang Bentuk Rantai Tarik Perhatian Ramai

Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36 sekali lagi membuat netizen terkejut apabila dirinya memuatnaik video di Instagramnya  dengan memakai rantai seakan-akan bentuk salib.

Tular sebelum ini usahawan kosmetik, Sajat telah mencetus kemarahan netizen apabila setelah sekian lama menyepi, dia memuatnaik video sedang menari gelek ketika Ramadan dan netizen mengatakan Sajat tidak menghormati bulan yang mulia ini.

Sajat

              Sajat memuatnaik video di Instagram memakai rantai seakan-akan salib

Kali ini, Sajat mengayakan rantai tersebut melalui satu video di akaun Instagramnya. Video tersebut dihujani dengan komen-komen dari netizen yang menegur mengapa Sajat memakai rantai berbentuk salib.

Salah satu komen dari netizen yang menegurnya,

Kenapa pakai rantai bentuk Kristian, Allahuakbar.

Walaupun ada yang memarahi Sajat, namun ramai juga yang mempertahankan Sajat dan berganggapan rantai tersebut langsung tidak mencerminkan agama Kristian. Mereka percaya yang rantai itu cumalah simbol ‘tambah’ (+) dan juga daun clover.

Mana tahu bentuk Kristian, salib lain ler, ni bentuk tambah.

Melalui penerangan yang dibuat oleh laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayan Persekutuan, jika perhiasan tersebut sudah menjadi penggunaan yang umum dan tidak lagi menjadi syiar khusus kepada agama atau kaum, hukum memakai rantai berbentuk daun clover tersebut adalah dibolehkan.

Tetapi, jika ia masih dianggap mencerminkan agama Kristian, ia perlu juga dilihat dari sudut kejelekan tasyabbuh sama ada ketara atau tidak. Jika ketara, maka perlulah dielakkan daripada membeli dan memakai perhiasan tersebut.

Kebanyakannya ramai munafik. Manusia bertopengkan syaitan – Sajat

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik sensasi yang masih hilang jejak, Nur Sajat terus memuat naik kenyataan kontroversi menerusi Instagramnya.

Terbaharu, Nur Sajat atau nama lengkapnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menyifatkan kebanyakan manusia bersifat munafik.

“Biarlah tiada agama daripada ada agama, rasa diri itu bagus dari tak pernah buat dosa. Kebanyakannya ramai munafik. Manusia bertopengkan syaitan,” tulisnya melalui InstaStory.

ANTARA luahan Sajat dalam Instagramnya.

Tulis Sajat juga, orang cerdik agama yang membuatkan dirinya menjauhi dari agama Islam.

“Orang agama yang minta sangat aku jauh dari agama Islam. Lagi aku pertahankan, lagi mereka buli aku. Orang-orang acah alim, semua sibuk maki, hina, herdik dan beri sindirian yang menghina.

“Aku dengan cara aku dan aku tak percaya mana-mana dah. Bagi aku semua itu karut,” ujarnya.

Untuk rekod, sudah Sajat sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sehingga kini, usahawan itu masih belum berjaya dijejaki sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu. Pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat berada di luar negara. – K! ONLINE

SUMBER : Gempak