Lelaki Berserban Mengamuk Pada Pekerja Apabila Di Suruh Pakai Mask, Ini Tindakan Pantas Polis.

Sejak penularan pandemik Covid-19 di seluruh negara, setiap individu diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jika gagal, individu tersebut akan dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh sebuah kedai dikenali sebagai Masbukti di laman sosial Twitter.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki bertindak ‘kasar’ dan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum memasuki premis awam.

Berang ditegur tak pakai ‘face mask’

Difahamkan lagi, kejadian itu berlaku di sebuah kedai runcit terletak di Taipan 2, Senawang. Menerusi video itu, kelihatan lelaki berserban dan berbaju putih itu sedang mengugut dan mencekik seorang pekerja kedai berbaju merah.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh premis berkenaan, lelaki itu bertindak demikian selepas ditegur apabila tidak memakai pelitup muka.

Ugvt dan c3kik pekerja kedai

Berikutan itu, memetik laporan Sinar Harian, lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai mengugut dan mencekik pekerja kedai itu telah berjaya ditahan polis di Senawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim menjelaskan bahawa susp3k ditahan kira-kira pada pukul 10 malam.

“Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jangan salahkan kopiah/serban, salahkan orangnya

Menjengah ke ruangan komen di Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap lelaki berkenaan. Dalam pada itu, mereka turut bersimpati terhadap pekerja kedai itu.

Buli pekerja muda

 

Pekerja tu buat benda betul

Berani buat anak orang macam tu

 

Sebagai rekod, suspek akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Sumber: Twitter @masbuktiSinar Harian (Norafidah Assan)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*