
Sebentar tadi, pihak Siti Nurhaliza Production telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggembirakan apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat bersalin anak keduanya.
Menerusi perkongsian tersebut, Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi telah melahirkan anak lelaki pada hari Isnin, 19 April 2021 bersamaan dengan 7 Ramadan 1442 Hijrah.
View this post on Instagram
Ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan
TokTi dan baby juga dilaporkan dalam keadaan sihat.
Sehubungan dengan itu, suami kepada penyanyi tersohor itu, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan isterinya sehingga hari bersalin.
Dalam pada itu, beliau dan isteri turut mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab sepanjang kehamilan Tok Ti.
Wajah baby A di kongsi ..Comelnya!!!
View this post on Instagram
Sumber: ctdk
Leave a Reply