Artis

Penyanyi Nash Kemalangan, Terbabas Kerana Langgar Lopak

SEREMBAN: Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Jamaludin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash luka pada muka dan sakit dada selepas kenderaan dinaikinya bersama pemandu terbabit dalam kemalangan di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata nahas berlaku di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pada jam 4 petang.

Katanya, kereta Toyota Harrier yang dinaiki bekas vokalis Kumpulan Lefthanded bersama pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.

“Kereta yang dinaiki penyanyi itu telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

Nash diberikan bantuan oleh sepasukan anggota APM Negeri Sembilan. Foto Ihsan Pembaca.

“Akibat kemalangan, Nash luka pada muka dan sakit dada, manakala pemandunya pula cedera ringan.

“Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya di sini.

Beliau berkata, penyanyi itu dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban bagi menerima rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *