Rakan Baik Peluk Mesra Fattah Amin, Reaksi Kurang Selesa Fazura Tarik Perhatian

SEJAK Isnin netizen hangat memperkatakan tentang video ‘mesra’ pelakon Fattah Amin dengan rakan baik isterinya yang dikenali sebagai Vee.

Selain reaksi Fattah, 31, yang dililhat kurang selesa dengan perlakuan individu tersebut, ekspresi wajah Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38, paling menarik perhatian.

Ramai beranggapan Fazura tidak senang dengan kejadian yang berlaku di depan matanya.

Bagaimanapun Fazura tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik video lama berkenaan.

“Tak sangka nak viral video saya cemburu tu. Sebenarnya tu gurauan sahaja, mereka memang suka bergurau macam tu.

“Vee memang suka kacau saya dan Fattah. Harap tiada salah faham lagi. Video itu pun dah lama sebenarnya, saja nak throwback sebab rasa kelakar sangat tengok reaksi saya.

“Saya minta maaf juga buat anda semua salah faham,” katanya.

Video itu memperlihatkan aksi Vee mengusik serta mencubit pipi Fattah yang menjadi tular di Twitter apabila ramai netizen mengatakan mereka terhibur melihat reaksi ‘cemburu’ Fazura.

ni bukan pertama kali Fazura memuat naik video seperti itu namun hanya kali ini ia menjadi viral dalam kalangan netizen.

Pelakon filem Pisau Cukur itu berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu kota.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu.

VIDEO

Sumber:MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*