Artis Viral

Lelaki Ini Cuba Pujuk Isteri Dengan Selit Duit Selepas Kantoi Curang

Zaman sekarang ini kalau boleh rakam memang kita akan rakam. Bila adanya aplikasi seperti instagram, facebook dan terutamanya yang paling hangat adalah TIK TOK apa benda pun kita akan rakam.

Samada perkara yang dirakam dan dimuat naik adalah betul atau pun hanya sekadar content tidak dapat dipastikan.

Rata rata yang dilihat content content yang agak mengarut dan tidak berapa logik dan ada juga content yang jenis membuka aib sendiri atau aib pasangan.

Ini hanya untuk meraih jumlah tontonan yang tinggi.

KANTOI CURANG PLAK

Dalam menjalani kehidupan rumah tangga, sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memujuk sekiranya isteri yang merajuk. Kalau bukan pasangan sendiri, siapa lagi?

Itu tindakan dilakukan seorang lelaki ini yang terkantoi ‘curang’ apabila mesej yang sepatutnya dihantar kepada ‘skandal’, diterima oleh si isteri sehingga wanita berkenaan merajuk.

Menerusi platform TikTok, @eskriemkonetto memuat naik sebuah video memaparkan pelbagai aksinya yang sedaya upaya cuba untuk memujuk isteri yang terperap di dalam bilik tanpa sebarang kata.

Rakaman video berdurasi 11 saat itu memaparkan lelaki tersebut mencuba pelbagai cara demi di luar pintu bilik demi mengambil hati orang tersayang sekali gus boleh berbincang bagi menyelesaikan masalah.

Antara tindakan @eskriemkonetto ialah menyelitkan sejumlah wang di bawah pintu, tetapi mendapat respon yang kurang menyenangkan daripada si isteri.

Walaupun sekadar ‘content’ semata-mata, netizen memberi pendapat bahawa isu kecurangan bukan bahan ‘mainan’ sebaliknya turut menasihati lelaki itu soal perkahwinan.

Bab2 curang ni susah sikit

Sumber: TikTok @eskriemkonetto via OMM

Olahan: AwatttSyeikhhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *