“Enggak….”- Video Sayu Anak Menghalang Bapanya Leftenan Satu KRI Nanggala Dari Pergi Bertugas.

Tular  video Leftenan Satu (Lettu) Imam Adi tampak diadang anaknya sebelum berangkat bertugas di KRI Nanggala 402.

Anak balita laki-laki tersebut tampak menangis sembari berusaha menahan ayahnya agar tak ke luar dari kamar. Dia memegang handle pintu ruangan dan beberapa kali mendorong tubuh ayahnya itu.

“Enggak, enggak, enggak, enggak,” rengek sang anak mencegah sang ayah ke luar dari kamar. Berbeda dari anaknya, Lettu Imam Adi tampak gemas melihat perilaku sang anak.

Ia terlihat tertawa melihat tingkah anak laki-lakinya tersebut. “Papa mau pipis,” ucap sang ayah seraya merangkul sang anak.

Video tersebut diunggah oleh akun yang diduga adalah milik istri Lettu Imam Adi dan kemudian beredar luas di media sosial.

Warganet pun menyampaikan simpatinya melalui kolom komentar.

Tangkapan layar IG @airmenzone Jumat (23/4/2021), Lettu Laut (P) Imam Adi bersama anaknya.

Tangkapan layar IG @airmenzone Jumat (23/4/2021), Lettu Laut (P) Imam Adi bersama anaknya. (IG @airmenzone)

Ini Videonya,

Bekalan Oksigen Sudah Habis..

BALI: Harapan untuk menyelamatkan 53 kru kapal selam Indonesia yang hilang semakin tipis, berikutan bekalan oksigen dalam aset itu dipercayai sudah habis, sekali gus mengubah fokus carian kepada mengeluarkan aset itu dari perairan ini.

Ketika ratusan anggota keselamatan terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) KRI Nanggala 402, pihak berkuasa memaklumkan, kapal buatan Jerman itu dilengkapi bekalan oksigen yang hanya bertahan untuk tiga hari sahaja selepas ia terputus hubungan pada Rabu lalu.

Namun, tempoh itu berakhir pada awal pagi hari ini dengan tiada tanda penemuan kapal selam terbabit bersama 53 krunya.

KRI Nanggala 402 seberat 1,395 tan adalah satu daripada lima aset kapal Indonesia, hilang ketika menjalani latihan menggunakan torpedo di perairan Bali.

Tumpahan Minyak Mungkin Berlaku Kerosakan Tangki

Meskipun berharap keajaiban berlaku, tumpahan minyak yang ditemui di kawasan dipercayai lokasi kapal itu tenggelam menunjukkan kemungkinan berlaku kerosakan tangki bahan bakar dan mungkin menyebabkan insiden membawa maut.

Selain itu, ia dibimbangi pecah apabila tenggelam di kedalaman mencecah 700 meter dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan.

53 kru KRI Nanggala 402 berdepan risiko keracunan karbon monoksida

Pada Khamis, Tentera Indonesia (TNI) memaklumkan pasukan SAR mengesan objek dengan kemagnetan tinggi pada kedalaman antara 50 dan 100 meter (m).

Ketika ini, pihak berkuasa belum lagi mengemukakan penjelasan berhubung kehilangan kapal selam itu atau mengulas mengenai dakwaan sama ada aset berkenaan terlebih muatan.

Malaysia dan Indonesia, selain Amerika Syarikat dan Australia antara negara yang membantu operasi pencarian berkenaan dengan hampir dua dozen kapal dan aset dikerah mencari di kawasan 10 batu nautika.

Kehilangan KRI Nanggala 402 menambah kepulauan Asia Tenggara dalam senarai negara yang berlaku kemalangan kapal selam membawa maut

Tiada bukti kukuh KRI Nanggala 402 tenggelam, kata angkatan laut Indonesia | Free Malaysia Today (FMT)

Sumber Sabahpost/Tribunnews

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*