Luar Negara Viral

Ketua Angkatan Laut Indonesia Ini Beritahu Ada Bahagian Dalam Kapal Yang Mungkin Selamat Untuk Kru.

Jakarta: Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono menjelaskan bahawa terdapat bahagian dalam kapal selam KRI Nanggala-402 yang kedap udara dan tak akan dimasuki air, walaupun berlaku keretakan dalam kapal itu.

KRI Nanggala-402.

 

Beliau meletakkan harapan tinggi agar kru sempat sempat menutup bahagian itu dan berjaya bertahan hingga saat ini walaupun kapal selam itu masih belum ditemukan.

“Ada kemungkinan kapal itu sudah dimasuki air namun, ada bahagian dalam kabin selamat daripada dimasuki air.

“Ada bahagian tertentu di dalam kapal berkenaan yang dilengkapi pintu kedap.

“Jika kru sempat menutup bahagian itu, ada kebarangkalian mereka selamat,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, ada kemungkinan oksigen simpanan masih ada sehingga kini.

“Sebelum ini saya menyebut bahawa oksigen mampu bertahan dalam tempoh 72 jam sekiranya kapal itu terputus bekalan tenaga.

“Jika bekalan tenaga masih ada, mereka boleh bertahan selama lima hari.

“Tapi, jika saat ia tenggelam, bekalan tenaga (elektrik) sudah terputus, maka mereka sepatutnya sudah kehabisan oksigen,” katanya.

Yudo berkata, pihaknya yakin berlaku keretakan pada kapal berkenaan sehingga menyebabkan beberapa barangan dan serpihan timbul ke permukaan.

“Kami juga yakin ia berada di kedalaman 850 meter,” katanya.

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *