Luar Negara Viral

Ada Kesan Tumpahan Minyak Dan Serpihan, KRI Nanggala-402 Sah Tenggelam

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang di perairan utara Bali, telah tenggelam.

Panglima TNI, Hadi Tjahjanto berkata, tanda isyarat tenggelam bagi KRI Nanggala-402 diisytiharkan selepas operasi pencarian dilakukan selama 72 jam.

“Tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen bagi KRI Nanggala iaitu selama 72 jam sudah berakhir.

“Malah, kesan tumpahan minyak dan serpihan yang ditemui menjadi bukti asli menuju fasa KRI Nanggala tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar.

KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang di perairan utara Bali sejak Rabu lalu.

Kapal selam buatan Jerman itu membawa 53 anak kapal dilaporkan terputus hubungan selepas melakukan latihan torpedo.

Dalam pada itu, Ketua Staf Angkatan Laut (KSAL), Laksamana Yudo Margono berkata, pihaknya berjaya menemukan serpihan KRI Nanggala-402 termasuk beberapa barang dari dalam kapal selam itu. – AGENSI/AFP

KRI Nanggala-402 mungkin terputus bekalan tenaga

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) memaklumkan punca kehilangan kapal selam KRI Nanggala-402 mungkin berpunca daripada ‘black out’ atau terputus bekalan tenaga selepas mendapat kebenaran untuk menyelam.

Lapor Tribunnews, perkara itu dimaklumkan oleh Panglima TNI, Hadi Tjahjanto semalam.

Katanya, kapal selam tersebut tidak boleh melakukan prosedur kecemasan ketika bekalan tenaga terputus dan hilang kawalan sehingga tenggelam pada kedalaman 600 hingga 700 meter.

Beliau berharap KRI Nanggala-402 buatan Jerman yang membawa 53 anak kapal itu masih boleh ditemukan dengan selamat.

“Setiap kapal selam mempunyai tombol kecemasan untuk menggerakan kapal naik semula ke permukaan,” katanya.

Terdahulu, pasukan keselamatan menemukan kesan tumpahan minyak di sekitar lokasi kejadian.

Jelas Hadi, kemungkinan tangki kapal selam itu mengalami keretakan susulan tekanan air laut.

“TNI ketika ini bekerjasama dengan Singapura dan Australia dalam melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam tersebut.

“India juga bakal menghulurkan bantuan untuk mengesan KRI Nanggala-402,” ujarnya.

Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan selepas menyelam di kawasan perairan Bali.

sumber utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *