Viral

Neelofa Dan PU Riz Akhirnya Kena K0mpaun, Ahli Keluarga Turut Terkena

KUALA LUMPUR: Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan k0mpaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa dikenakan k0mpaun yang tidak dibenarkan diskaun kerana melakukan dua kesalahan, manakala Haris atau dikenali PU Riz melakukan satu kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial.

Katanya, selebriti itu gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka.

“Pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri diberikan pegawai diberi kuasa mengikut subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

“Seramai 20 ahli keluarga Neelofa juga dikenakan k0mpaun RM1,500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

“Semua individu terbabit akan dikenakan k0mpaun pada 27 April (hari ini). Jumlah keseluruhan k0mpaun adalah sebanyak RM60,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan Neelofa dan PU Riz melanggar SOP PKPB, dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara disertakan dengan beberapa penambahan baharu.

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan PU Riz, 26, yang juga pelakon dan pendakwah bebas di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mohamad Zainal berkata, tindakan k0mpaun itu mengikut Peraturan 19 Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

“Pada 26 April (semalam), kertas siasatan kes pelanggaran SOP PKPB majlis perkahwinan Neelofa dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara dengan keputusan mengenakan k0mpaun.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah itu membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *