Artis Viral

“Gigih google gambar burger”- Neelofa Sindir Netizen Setelah Di Paksa Bayarkan Kompaun 50k Abang Burger?

Umum mengetahui, Noor Neelofa Mohd Noor telah dikenakan kompaun sebanyak RM20 ribu kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19

Menerusi Facebook Neelofa, dia mengetahui dan sudah dimaklumkan mengenai kompauan yang dikenakan terhadapnya dan suami iaitu PU Riz.

Terima dengan hati yang terbuka


Assalamualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.

Menurut Neelofa, dia berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kesnya. Tambahnya, dia ingin memohon maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian mereka yang terlibat.

Meninjau ruangan komen, netizen turut meminta beliau membayarkan kompaun 50k yang di kenakan kepada peniaga burger di Kelantan

Namun kecoh pula yang mendakwa Neelofa berkongsi foto burger di IG stories beliau seolah sindiran yg di tujukan kepada netizen. Namun gambar tersebut telah dipadamkan..

carian netizen gambar tersebut sama seperti di ambil dari imej google

May be an image of burger and text that says 'google.com Lifestyle Asia Hong Kong The ultimate guide to amly burgers (street burgers) in KL Images may be subject to copyright. Learn more Visit Visit Related images'

Sumber: Neelofa / HMT network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *