Viral

“Otak letak di lutut..”- Isu Saman 50K, Pembaca Berita Ini Selamba Kritik Polis Secara Live.

Sejak belakangan ini, viral di media sosial mengenai isu pelanggaran SOP oleh peniaga sehingga mereka dikenakan jumlah kompaun yang tinggi mencecah RM50 ribu. Pelbagai pandangan dan komen diluahkan oleh netizen berhubung isu tersebut.

Namun dit Twitter, netizen memberi pujian terhadap pembaca berita Astro Awani kerana berani menyuarakan isu kompaun tersebut di kaca televisyen. Lantang!

Otak di lutut

Sekarang ni ramai yang hidup secara ala kadar, ketika otak yang letaknya di atas, ada yang bertindak seolah otak di lutut. Mengenakan kompaun RM50 ribu kepada peniaga kecil yang hanya berniaga di kampung sendiri. Usaha itu dibuat kerana ada yang menanggung sehingga 11 sekeluarga. Sudah pulangan tak seberapa, jumlah kompaun langsung di luar pemikiran insan.

Menurut pembaca berita Awani, tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap peniaga kecil seolah-olah tidak masuk akal kerana mereka bergelut dengan pelbagai cabaran tatkala negara sedang dilanda wabak.

Ibarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang, peniaga ini terpaksa berniaga dalam apa keadaan sekali pun demi menyara keluarga. Namun pihak polis dalam satu kenyataan baru-baru ini memberitahu peniaga yang dikompaun boleh membuat rayuan pengurangan jumlah kompaun tersebut.

Mantap!

Rata-rata netizen memberi pujian terhadap pembaca berita tersebut. Mereka berharap isu kompaun ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan serta merta. Sebelum ini, polis Kelantan memaklumkan bahawa pihaknya akan meneliti semula kompaun RM50 ribu yang dikenakan terhadap tiga orang peniaga di negeri tersebut.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *