“Buat malu islam, pakai tudung lagi “- Wanita Ini Tegur Sekumpulan Wanita Tidak Puasa Makan Di Restoren Cina.

SEORANG wanita merakam 4 orang wanita Islam yang bertudung makan di sebuah restoran non- muslim.

Wanita tersebut berasa kesal melihat mereka makan di bulan puasa di restoran tersebut tanpa menghormati umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.

Wanita tersebut turut menyatakan perbuatan tersebut memalukan Islam apabila kesemua wanita tersebut juga mengenakan tudung.

Namun seorang daripada wanita tersebut menyatakan “saya tidak ikut hukum fekah, saya ikut hukum al-Quran”.

Namun wanita tersebut menyatakan dalam Islam berpuasa ialah wajib. Puasa merupakan salah satu daripada 5 rukun Islam.

Namun wanita tersebut tetap menegaskan hukum berpuasa bagi mereka berbeza dan tidak sama seperti di Malaysia kerana mereka mengikut hukum daripada Al-Quran.

Wanita (perakam) tersebut bertanya hukum mana awak belajar?

Wanita tersebut menjawab, nanti saya jawab dengan Allah.

Wanita yang merakam ini bersumpah dengan nama Allah yang dia telah menegur mereka dan mereka harus bertanggungjawab sendiri di hadapan Allah di akhirat kelak.

Di fahamkan kejadian berlaku di Singapura namun tidak dapat di pastikan kesahihanya

Video

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*