Viral

MB Selangor Umum Perkara Yang Perlu Di Ketahui Mengenai PKP Yang Bermula Esok.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka mengadakan satu sidang media khas mengenai perkara itu petang tadi.

Video penuh berada di bawah artikel

Sidang media khas itu bermula jam 4 petang ini melalui Facebook Live Menteri Besar itu.

Pada Selasa, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

Ia melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Manakala, daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih kekal PKPB.

APA YANG BERLAKU DALAM PKP SELANGOR

Sidang media khas MB Selangor mengenai perincian PKP petang ini

Semua bazar Ramadan di enam daerah di Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dibenarkan beroperasi bermula Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri kini memberi masa kepada peniaga untuk menguruskan stok yang masih berbaki.

“Saya rasa kita tidak kejam untuk menutup operasi bazar Ramadan (serta-merta) yang mana peniaga sudah diberi masa berniaga selama 25 hari sebelum keputusan penutupan dibuat.

“Kerajaan negeri juga membuat keputusan untuk memberikan bantuan RM500 kepada 11,000 peniaga bazar Ramadan yang terjejas susulan penutupan yang diumumkan hari ini.

“Pemberian bantuan itu akan membabitkan peruntukan kira-kira RM5 juta dan dijangka akan mula diagihkan selepas Aidilfitri,” katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, bazar Aidilfitri serta pasar malam dibenarkan beroperasi dengan syarat yang ketat yang sudah ditetapkan kerajaan negeri.

Katanya, antara syarat yang ditetapkan adalah operasi perniagaan adalah sehingga jam 10 malam saja, jumlah pengunjung perlu mengikut saiz premis.

“Kita juga sudah berbincang dengan polis, sekiranya ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), bazar berkenaan akan diarahkan tutup serta-merta.

“Selain itu, pengunjung juga dilarang membawa kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah serta pemilik atau pengusaha bazar diminta untuk menggunakan sistem nombor giliran,” katanya.

Makan di restoran, buffet Ramadan tidak dibenarkan: MB Selangor

Menurutnya, kedai runcit, stesen minyak dan restoran boleh beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 malam sepanjang tempoh PKP.

“Semua institusi pendidikan seluruh Selangor (tidak terhad kepada daerah terbabit PKP) akan mula ditutup bermula esok (Khamis),” katanya.

SEKOLAH SEMUA TUTUP

Semua sekolah di Selangor ditutup bermula esok sehingga cuti Aidilfitri bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Dalam satu pekeliling dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pengarahnya, Izmi Ismail memaklumkan, penutupan sekolah dibuat selepas mengambil kira sesi persekolahan secara bersemuka hanya berbaki dua hari iaitu 6 dan 7 Mei.

“Penutupan sekolah ini akan berterusan sehingga cuti Aidilfitri seperti mana diumumkan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) pada 26 April lalu.

“Pergerakan pulang murid asrama sempena cuti Aidilfitri 2021 seperti dijadualkan pihak sekolah.

“Bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa atau penjaga, sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang ditetapkan,” kata pekeliling yang tular khusus untuk semua Pegawai Pendidikan Daerah di negeri itu, hari ini.

Izmi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah perlu memastikan guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

VIDEO:

Sumber : BHARIAN / ASTRO AWANI / HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *