Artis Viral

Selepas Zarina Zainuddin Carikan Jodoh Azal, Ramai Yang Mesej Nak Jadi Menantu

Sebelum ini, pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan sedia membayar gaji bakal menantu asalkan sanggup berkahwin dan menguruskan anaknya kembarnya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai.

Terbaru, memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 51 tahun itu mengakui menerima banyak mesej peribadi (Direct Message) di Instagram daripada wanita yang berhasrat untuk menjadi menantunya.

“Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.
“Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu memilih untuk tidak membalas mesej tersebut kerana tidak mahu memberi harapan palsu.

“Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.
“Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti,” ujarnya.

Untuk makluman, Zarina dan suaminya Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar turut dikurniakan kembar kepada Azal iaitu Muhammad Razil Azrai serta Muhammad Naim Azraidan dan Muhammad Adam Azrai.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *