Uncategorized

Elfira Loy Selesai Ambil Vaksin AstraZaneca. Beliau Kongsi Simptom Yang Di Alaminya..

Meskipun dirinya takut dengan jarum suntikan, bagaimanapun pelakon Elfira Loy sanggup mengenepikan perasaan itu untuk mendapatkan vaksin AstraZaneca.

Elfira berkata dia nekad mengambil suntikan itu demi anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf, memandangkan banyak bekerja diluar dan terdedah dengan jangkitan Covid-19.

“Jujur saya sebenarnya takut berjumpa doktor dan takut tengok jarum untuk pengambilan vaksin ini saya teruja kerana lambat laun kita kena ambil juga.

“Perasaan gemuruh itu jadi hilang bila saya tengok ramai orang bersemangat beratur dan sama-sama isi borang sebelum diberikan suntikan.

“Bukan saya cakap ini sebab saya bangga dah terima vaksin awal tetapi sekurangnya saya boleh berkongsi pengalaman untuk orang lain turut berani ambil vaksin,” katanya.

Menerima vaksin AstraZaneca pada Selasa lalu, Elfira berkata dia tidak terkesan dengan cerita buruk tentang vaksin yang tular di media sosial.

“Bila kita terlalu takut, kita akan banyak cari kesan yang buruk, tapi sebenarnya kesan yang tu lebih banyak.

“Fakta pun dah kata hanya beberapa peratus sahaja yang ada kesan buruk. Saya memang fokus kepada siapa yang cerita benda positif sahaja,” katanya.

Elfira Kongsi Simptom Yang Di Alami Setelah Mendapat Suntikan Astrazaneca

 

My symptoms was just mild headache & ngantuk sahaja. Dr advised me to take panadol 8hrs after vaccination, thats what i did & okay je. Sore sikit dekat tangan tapi tu normal mana mana jabs pun lenguh.

Elfira berkata beliau mengalami sedikit sakit kepala dan mengantuk. Doktor menyuruhnya makan panadol selepas 8 jam. Elfira juga merasa sedikit lenguh di tangan namun ia adalah kebiasaan yang dirasai setelah menerima suntikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

 

sumber : mstar / HMT network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *