Uncategorized

Konon Diri Mengandung, Doktor Ini Cakap Mungkin Kena Kans3r Testis

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan perkhabaran tentang selebriti Indonesia yang dikenali sebagai Lucinta Luna mengumumkan dirinya positif hamil.

Bagaimanapun, berita tersebut mengundang persoalan dalam kalangan netizen apatah lagi jantina selebriti itu asalnya adalah seorang transgender lelaki.

‘Claim’ mengandung, minta BF bertanggungjawab

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTALUNA (@lucintaluna_manjalita)


Bukan setakat itu sahaja, bagi membuktikan kehamilannya itu benar… Lelaki itu berkongsi video memperlihatkan dirinya dipapah oleh rakan-rakan seakan wanita hamil yang tidak larat berjalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTALUNA (@lucintaluna_manjalita)

Selain itu, pelantun lagu Bobo Di Mana itu turut dilihat ditolak menaiki kerusi roda gara-gara mendakwa dirinya sedang dalam kesakitan akibat ‘contraction’…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTALUNA (@lucintaluna_manjalita)

Kemungkinan mempunyai penyakit kanser testis
Membidas kenyataan lelaki tersebut, seorang doktor bernama Arisman mendedahkan bahawa hasil positif test kehamilan tersebut boleh dialami oleh sesiapa sahaja baik perempuan, lelaki mahupun ‘transgender’.

Menurut doktor terbabit, lelaki itu bukan hamil sebaliknya mungkin mempunyai penyakit kanser testis.

“Ya. Memang boleh. Kaum adam boleh mendapat keputusan UPT (urine pregnancy test) positif atas faktor tertentu. Apa dia? Iaitu air kencing seorang pesakit testicular cancer (kanser testis).
“UPT berfungsi untuk mengesan hormon HCG (human chorionic gonadotropin) yang dihasilkan plasenta wanita sewaktu hamil. Jika tidak hamil, UPT kekal negatif kerana tiada hormon itu dalam darah atau air kencing.
“Untuk pesakit kanser testis, sel-sel kanser juga menghasilkan hormon mirip HCG sehingga test bertukar jadi positif. Ianya tidak mustahil,” jelasnya.

Selain itu, Lucinta turut mengakui mengalami gejalan muntah-muntah seperti wanita hamil.

Dalam pada itu, Dr Arisman mengingatkan tidak semestinya UPT positif menandakan seseorang lelaki itu mempunyai kanser testis.

‘Misteri’ dah terungkai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega selepas misteri kehamilan Muhammad Fatah berjaya dirungkai oleh doktor berkenaan.

Suruh BF Mat Saleh bayar rawatan kanser

Terdahulu, Lucinta Luna menghebohkan tentang kehamilannya kepada orang ramai lantaran itu menghubungi kekasih ‘mat salihnya’ untuk bertanggung jawab.

Namun, netizen terhibur dengan berita tersebut dan menganggap pemilik nama Muhammad Fatah itu berhalusinasi. Ini kerana dia merupakan seorang lelaki sejati yang menukar jantina menjadi perempuan melalui pembedahan alat sulit.

Sumber: Facebook Doktor Arisman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *