Artis

Saya Tegur Dia Main Telefon, Dia Maki Saya Balik – Lan Pet Pet

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabula tular rakaman video dipercayai pelawak Lan Pet Pet memuk0l seorang penghantar makanan di tepi jalan.

Tampil memberi penjelasan mengenai kekecohan itu, Lan mendakwa sebelum kejadian dia ternampak penghantar makanan itu sedang menunggang motosikal, menggunakan telefon bimbit dengan kedudukan motosikal di tengah jalan.

Bimbang dengan tindakan pemuda berkenaan yang boleh mendatangkan bahaya, Lan mendakwa dia menegur individu berkenaan.

“Saya menegur pemuda itu… Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyaw4nya, malah pengguna jalan raya lain,” katanya

Lan mendakwa lagi, niatnya memberi teguran menjadi tegang apabila pemuda itu pula memakinya. Ujarnya, dia juga manusia biasa dan tindakannya itu hanya untuk mempertahankan diri.

“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.

“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja,” dakwanya.

Dalam pada itu, Lan berkata dia sudah membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan video tersebut yang tidak mengetahui kejadian sebenar sehingga menimbulkan fitnah.

“Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.

“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.

“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya.

 

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *