COVID-19 Tempatan

Rakyat Kcewa, Semua Aktiviti Rentas Daerah Tidak Di Benarkan Termasuk Negeri PKPB

Kuala Lumpur: Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa Isnin ini hingga 6 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam tidak dibenarkan.

 

“Ini termasuk aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan serta swasta.

“Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

komen netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *