Isteri Sedang Hamil Koma Di Belasah Suami, Ramai Buat Solat Hajat

Lumrah hidup berumah tangga, pasti akan ada saat di mana suami isteri tidak sehaluan dan bergaduh akibat kurang persefahaman. Namun jika si suami sampai dah naik tangan tu melampau lah kan.

Begitulah yang dialami oleh wanita ini dimana dia telah dibel4sah oleh suaminya sendiri ketika hamil.

Kisah yang mengundang perhatian warganet itu, terdapat ramai pihak yang sudi melakukan solat hajat dan bacaan Yasin sekali gus menitipkan doa agar mangs4 yang juga sedang hamil kembali sembuh.

ICU, tulang retak & muka lebam

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fazariah Nordin memuat naik ‘posting’ mendakwa kakaknya bernama Jahidah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas teruk dipuk0l oleh suaminya sendiri.

Menurut doktor yang merawat kakaknya, wanita itu mengalami kecederaan teruk antaranya kereta4n tulang belakang, rah4ng serta bahagian muka.

Selain itu, terdapat juga kesan lebam di bahagian muka, mata serta di bahagian anggota badan lain.

Otak berdar4h

Pasukan perubatan memaklumkan kakaknya mengalami pendarah4n otak yang teruk di mana seluruh otaknya dipenuhi dar4h. Sehinggakan doktor terpaksa melakukan pembedahan otak selama 12 jam dan kini kakaknya itu sedang kom4.

Sedang hamil anak sulong

Apa yang mengejutkan ialah, kakaknya baru je memuat naik ‘posting’ mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka seminggu yang lalu.

Bercerita tentang keperibadian kakaknya, Fazariah meluahkan bahawa wanita itu tidak pernah melenting malah, dia merupakan seorang yang lemah lembut.

Suami kini melarikan diri

Apa yang membuatkan netizen lagi bengang ialah, tindakan suami kakaknya yang telah meninggalkan isterinya berseorangan di hospital sebelum hilang ghaib melarikan diri.



sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*