Muhyiddin Yassin Umum SOP PKP , Berapa Orang Dalam Satu Kenderaan Yang Di Benarkan

KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata pengecualian bagaimanapun diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.

“Pusat asuhan kanak-kanak, TABIKA, TADIKA dan TASKA juga dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, semua aktiviti sukan dan rekreasi juga dilarang, kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Sementara itu, beliau berkata, hanya tiga orang dibenarkan berada dalam kenderaan, teksi dan e-hailing sepanjang tempoh PKP.

Perdana Menteri juga menjelaskan, bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri pula bergantung kepada jumlah dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang sudah ditetapkan,” katanya.

Lapor polis jika jiran langgar SOP Aidilfitri

ANGGOTA polis memeriksa kenderaan.
Orang ramai dinasihatkan agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa, kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.

Beliau berkata, maklumat sedemikian diperlukan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang masih berdegil dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

“Polis Perlis juga akan tingkatkan jumlah keanggotaan dalam memastikan pematuhan SOP serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu di kawasan perumahan… termasuk memperketatkan kawalan di sempadan negeri, stesen bas dan stesen kereta api,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Surina juga menasihati orang ramai agar mematuhi SOP Aidilfitri yang ditetapkan oleh kerajaan dan berada di rumah kecuali mempunyai urusan penting.

Menurutnya, kadar pematuhan SOP di Perlis adalah tinggi iaitu 98 peratus dan berharap orang ramai terus mematuhi ketetapan itu bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri hijau dan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

Mengulas mengenai jumlah kenderaan yang dikesan bertambah di Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini, Surina berkata, jumlah kemasukan kenderaan ke negeri itu tidak serius iaitu sekitar lima peratus berbanding hari biasa.

“Peningkatan jumlah kenderaan berpunca daripada ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi sekitar negeri ini untuk pulang beraya di samping kemasukan penduduk dari Kedah yang berulang-alik bekerja di Perlis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya akan melakukan rondaan pematuhan SOP Aidilfitri secara menyeluruh di sekitar Kangar bermula hari ini.

“Hari Raya nanti, kita akan ‘all out’ termasuk melakukan rondaan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Diharapkan agar orang ramai dapat terus memberi kerjasama dengan polis bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri ini,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*