Jangan Curi-Curi Beraya, Sebab Polis Akan Periksa Rumah Ke Rumah.

PETALING JAYA – Polis Petaling Jaya akan menjalankan pemantauan termasuk pemeriksaan rumah ke rumah ketika Aidilfitri ini bagi memastikan tiada aktiviti kunjung-mengunjung.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP​) itu akan dijalankan oleh pasukan pemantau khas yang ditubuhkan.

Polis, tentera datang 'beraya' ke rumah [METROTV]

“Saya ingatkan kepada warga Petaling Jaya agar tiada sebarang aktiviti kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri ini dan sentiasa patuh kepada SOP yang ditetapkan.

“Pihak polis akan menjalankan pemantauan serta pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada aktiviti kunjung-mengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, Rabu.

Menurutnya, ketika ini terdapat lapan pasukan pemantau khas yang telah ditubuhkan.

“Kita mempunyai lapan pasukan bagi menjalankan pemantauan SOP dan dari hari ke hari sememangnya penguatkuasaan kita akan sentiasa perketatkan.

“Selepas ini tiada lagi amaran dan sekiranya terdapat pelanggaran SOP, pihak polis akan terus mengambil tindakan kompaun,” katanya.

sumber :  : https://www.sinarharian.com.my/

PDRM Akan ‘Spot Cek’ Rumah Banyak Selipar, Kasut & Kereta Pada Hari Raya Nanti

Tahun ini merupakan tahun kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri akan disambut di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan kes baru Covid-19 yang kian meningkat saban hari, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bakal memperketatkan lagi syarat-syarat permohonan bagi mereka yang ingin merentas negeri.

Di mana ianya hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis dengan alasan yang kukuh dan boleh dipertimbangkan.

Bagi mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, Polis Kedah bakal memeriksa rumah yang didapati mempunyai rumah dengan bilangan jumlah kasut dan selipar yang banyak.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri Kedah.

Terdahulu, PDRM mengeluarkan kenyataan di mana pihak mereka bakal melakukan rondaan dan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah sempena perayaan Aidilfitri seperti yang pernah dilakukan pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, pelaksanaan tersebut dibuat bagi memastikan tiada individu atau pihak yang berjaya ‘meloloskan’ diri, selain menggunakan permit palsu.

Seperti perayaan tahun lalu, kita akan menggunakan strategi sama dengan membuat pemeriksaan di rumah. Kita akan periksa rumah yang ada banyak kereta untuk lihat sama ada mereka mempunyai surat rentas negeri atau sebaliknya.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar.

Kredit: ohmymedia

Pihaknya turut menyeru semua pihak supaya tidak sesekali membawa dokumen palsu kerana akan dikenakan denda yang tinggi.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*