Selepas Dua Bulan Rujuk, Zarina Anjoulie Cerai Lagi! - Murai MY
Artis

“Perangai Musibat, Tumpang Glemer Je la..” – Bekas Suami Zarina Anjoulie Di M4ki Netizen

Tangkap layar kata-kata makian seorang pengguna media sosial tidak dikenali itu telah dimuat naik Yas di Instagram miliknya di mana individu tersebut telah menganggap dia sebagai lelaki tidak berguna, kaki kikis malah turut mengaitkan ibu-bapanya seabgai tidak pandai memberi didikan agama yang sempurna.

Selepas Dua Bulan Rujuk, Zarina Anjoulie Cerai Lagi! - Murai MY

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat aktres Zarina Anjoulie usai sahaja penceraian kali keduanya telah menyebabkan bekas suami, Eilyas Azhar tidak henti menerima kecaman daripada netizen.

Terbaru, Eilyas yang lebih dikenali sebagai Yas dilaporkan telah dimaki warga maya dengan kata-kata negatif dan kurang menyenangkan.

Enggan mendiamkan diri, Yas kemudian memberi respon mengenai dakwaan itu dan menganggap individu tersebut seakan-akan mengetahui segala masalah yang dihadapi seperti duduk sebumbung dengan dirinya dan Zarina.

IG YasSumber : Instagram Eilyas  

“Bahasa pun. Macam duduk sebumbung borak. Pernah tidur sekatil dengan kitorang ke three s***? Cakap macam malaikat yang sentiasa duduk kat bahu tu sentiasa catit. Aku picit anak tekak kau tau la..”

Terdahulu, Zarina Anjoulie telah mengesahkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas telah berakhir apabila bekas suaminya telah melafazkan cerai kali kedua terhadapnya.
Zarina EilyasSumber : Google  
Mereka berdua telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

SUMBER : Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *