Artis

“Nangis tu bukan baju raya pun, semua netizen kena bodoh2 je “- Bekas Suami

Kuala Lumpur: Bekas suami pelakon Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar meminta bekas isterinya itu supaya berhenti menabur fitnah secara berterusan kepada dirinya dan keluarga sejak mereka bercerai kali kedua, baru-baru ini.

Kisah perceraian itu dikongsikan kedua-dua mereka di hantaran media sosial masing-masing pada awal Mei lalu sehingga menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, Eilyas atau mesra disapa Yas menerusi perkongsian hantaran di Instagram meluahkan rasa bengang kepada bekas isterinya itu yang didakwa sering menjadikan dia ‘content’ hingga menjadi tular.

“Aku rasa Anju ni dah boleh berhenti dah nak buat aku ni jadi ‘content’ dia. Jangan gunakan aku untuk jadi ‘content’ kau nak tular lah. Kau fitnah aku, malukan aku ngan family apa lagi tak cukup?

“Faham tak apa maksud fitnah? Fitnah ni maksud dia benda yang tak ada tapi, diada-adakan. Aku ni cukup baik la kena fitnah tapi masih lagi jaga aib kau. Tau aib tu apa? Aib tu benda yang kau memang buat, wujud dan memalukan,” tulisnya.

Menurut Eilyas, tahap kesabarannya ada had dan dia meminta supaya Zarina tidak berterusan melakukan provokasi ke atasnya termasuk hingga membabitkan keluarga.

“Janganlah nak beriya sangat. Nanti aku ‘counter’ segala fitnah kau pada aku dan keluarga aku ni. Takut kau jadi gila ja mental. Segala pelusuk musuh kau ambil peluang ni, jadi ‘point’. Aku senyap bukan bermakna aku bersalah, aku kalah or aku takut.

“Aku fikir panjang je ni, tambah keluarga aku suruh jaga aib. So, janganlah provoke provoke aku lagi bab biawak bab nafkah bab baju raya bab sesikit ugut cerai bab aib bab barang. Takkan la aku nak kupas kat ‘public’, buka semua cerita baru kau nak diam,” tulisnya.

Ujar Eilyas, dia tidak mahu hingga bertindak demikian dan membuatkan Zarina menghadapi tekanan berikutan sudah hilang sabar serta menceritakan segala hal sebenar kepada semua orang.

“Biar je la orang semua tengok aku jahat. Tak perlu aku buka pekung kau. Tapi, tolonglah jangan cabar provokasi aku siap libatkan keluarga. Sabar aku ada had.

“Tolong nasihat anak/akak kalian. Cukup aku dah malu dengan fitnah anak/akak korang ni. Aku diam janganlah keterlaluan ambil kesempatan dalam kebaikan aku ni. Aku pun tak hingin nak ‘up’ benda ni sebab memalukan menjijikkan, tapi darah daging korang ni makin lama makin melampau,” katanya.

Dalam pada itu, Eilyas turut menjawab pertanyaan seorang pengikutnya yang meminta dia bersabar lagi meski sudah muak melihat tindakan menjengkelkan yang dibuat oleh Zarina di media sosialnya.

“Nangis nangis tu bukan baju raya pun, semua netizen kena bodoh bodoh je ngan tangisan pelakon dia. Tu baju dah beli sebelum puasa.Tu baju nak pergi ‘wedding’ adik dia. Sama ngan baju bapa dia pakai. Colour biru.

“Dia beriya nangis cakap baju raya. Itu baju nak pergi kahwin adik dia sebelum puasa. Aku yang beli baju raya untuk aku dan Martin minggu lepas. Baju dia ikutkan nak beli bila aku cuti kerja. Korang kena ‘game’ aku pula yang dapat malu,” tulisnya.

Eilyas dan Zarina yang juga ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra, berusia lima tahun, bernikah pada 17 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Zarina menerusi hantaran di Instagram pada 27 Januari lalu memaklumkan mereka sudah bercerai, dan dalam perkongsiannya di Instagram pada 2 Mac lalu pula memaklumkan sudah rujuk semula dengan Eilyas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *