Politik

Isr43l Arah Ejen Risikan Ser4ng Malaysia, Ini Tindakan Pantas PDRM

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan lain sudah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek susulan ancam4n Isr43l terhadap pemimpin pejuang F4l3stin di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam satu kenyataan malam ini, berkata ia bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga F4l3stin yang berada di negara ini.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancam4n keselamatan yang dikeluarkan oleh Isr43l itu dan juga mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat F4l3stin di negara ini.

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.

“Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat F4l3stin,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dan aplikasi sembang mengenai dua badan perisikan Isr43l dilaporkan mendapat ‘lampu hijau’ untuk menghapuskan pemimpin pejuang H4m4s yang berada di dalam dan luar G4z4, termasuk di Malaysia.

Perkara itu dilaporkan oleh blog WarNews247 yang memetik laporan disiarkan oleh sebuah stesen penyiaran televisyen Isr43l .

Katanya, pemimpin Isr43l didakwa sudah mengarahkan badan perisikan negara itu, iaitu Sh1n B3t dan Moss4d untuk melaksanakan tugas berkenaan.

WarNews247 dipetik berkata, badan perisikan Isr43l dikatakan akan menyasarkan negara-negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia yang dikatakan memberi sokongan, membiayai kewangan dan melatih pejuang H4m4s.

“Sebenarnya, operasi ketenteraan Isr43l itu sudah dimulakan sejak 24 jam yang lalu (kelmarin) apabila dua bangunan milik dua organisasi dari Turki dibom di G4z4

“Sebuah bangunan adalah milik pertubuhan kebajikan Y4rdimeli dan sebuah lagi milik Turkish Cooperation & Coordination Agency (TIKA) yang beroperasi sebagai pusat National Intelligence Agency (MIT) Turki,” katanya.

Katanya lagi, ia diikuti serangan tentera Isr43l ke atas bangunan 13 tingkat yang menempatkan ibu pejabat Al-Jazeera di G4z4, iaitu sebuah rangkaian televisyen yang berpangkalan di Qatar.

“Peperangan tanpa henti yang diisytiharkan oleh Isr43l ini akan memberi kesan besar terhadap hubungannya dengan Turki dan hubungannya dengan Qatar, paksi yang menyokong Ikhwanul Muslimin.

“Perang ini akan menjadi petanda awal kepada konflik yang lebih besar di Asia Barat, yang tentunya menjadi tanggungjawab Ankara (Turki),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kanan Penyelidikan Yayasan Pertahanan Demokrasi (FDD), Jonathan Schanzer dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya semalam, mendakwa Tentera Pertahanan Isr43l (IDF) diberi kebenaran untuk menghapuskan pejuang H4m4s di semua peringkat.

“Channel 13 melaporkan IDF diberikan lampu hijau untuk menyasarkan operatif H4m4s di semua peringkat, dalam dan luar G4z4. Implikasinya jelas kepada Iran, Turki, Qatar, Malaysia dan lain-lain,” katanya.

Channel 13 adalah sebuah stesen penyiaran televisyen di Isr43l .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *