Netizen Geram Soalan Tak Sensitif Janna Nick Pada Intan Salleh, Harap Melodi Jemput Sheila Rusly Pula.

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikec4m oleh netizen gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas dicer4ikan oleh suaminya, Ude Wahid.

Soalan Janna Tidak Sensitif?

Soalan itu ditanya oleh Janna ketika segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’ dalam siaran program Melodi Raya yang disiarkan semalam (Ahad).

“sudah jumpa pengganti atau belum?” tanya Janna kepada Intan yang ketika itu turut disaksikan oleh bekas madunya, Izreen Azminda

Dalam segmen tersebut, produksi Melodi telah menemukan buat pertama kalinya Intan dan Izreen dalam program televisyen bagi melupakan persengketaan diantara mereka berikutan pelakon itu didakwa merampas suami Intan ketika itu sekitar tiga tahun lalu.

Netizen Tertanya Mengapa Tidak Jemput Sheila Rusly

Di media sosial, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna kerana disifatkan tidak sensitif dengan situasi Intan sekaligus mencetuskan am4rah dan persoalan daripada mereka.

Malah tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan segmen tersebut seharusnya turut menemukan Janna bersama penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly selepas kedua-duanya dikatakan mempunyai perselisihan faham sehingga ke hari ini.

Sebagai info, Intan dan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid bercerai pada 22 Mac 2018 selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4. Terdahulu, Intan dan Izreen ‘sempat bermadu’ selepas pemuzik bebas itu bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Izreen dan Ude,mereka mempunyai seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim,2 dan pelakon itu juga sedang menghamilkan anak kedua mereka yang kini berusia 5 bulan. Menerusi perkahwinan Izreen terdahulu, dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar.

“Melodi Raya seret la Janna jumpa Sheila, boleh bermaafan..” – Netizen

Melodi Raya 2021 mengundang pelbagai reaksi penonton selepas ditayangkan semalam, terutama dalam segmen ‘Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih’ membabitkan artis dan individu yang pernah berselisih faham.

Selepas menyatukan pelakon Izreen Azminda dan bekas madu Intan Saleh, warganet mempersoalkan pihak produksi mengapa tidak menjemput penerbit terkenal, Sheila Rusly agar dipertemukan dengan pengacaranya Janna Nick.

Untuk makluman, Sheila dan Janna mempunyai hubungan akrab sebelum ini seperti ibu dan anak dengan melakukan pelbagai kerjasama dalam industri seni.

Namun, tidak dapat dipastikan mengenai isu dihadapi oleh mereka sebelum kedua-duanya dilihat tidak lagi rapat sejak awal tahun 2019.

Selain itu, terdapat segelintir individu seolah-olah tidak berpuas hati mengenai beberapa soalan diajukan Janna yang disifatkan tidak sensitif dengan situasi yang perlu dihadapi oleh Intan.

Soalan mer4pu!

Biar dua2 bertembung, baru tau rasa janggal


Mungkin mereka dah bermaaf-maafan, tapi kita tak tahu? Maklum la, industri seni tu pusing sana sini jumpa orang yang sama je. Tak perlu ‘merajuk’ terlalu lama!

Sumber : Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*