
Mesti anda ada terima satu pesanan ringkas di Whatsapp memberitahu bahawa kawasan kawasan di Shah Alam sekarang berada di tahap kr1tikal dengan kenaikkan positif c0Vid yang tinggi.
Selepas itu timbul pula video dan beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan ramainya orang yang beratur dan dikatakan pos1tif c0vid.
Video tular mengenai Stadium Malawati, ini komen doktor
Stadium Malawati telah beroperasi sebagai CAC bagi daerah Petaling sejak 8 Feb lepas dengan kapasiti seramai 1,000 sehingga 1,200 pesakit untuk dinilai sehari. – Gambar fail BERNAMA
Video tular di media sosial berdurasi seminit yang menunjukkan orang ramai beratur untuk masuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini yang dikatakan akan menghuni pusat itu buat sementara waktu, adalah tidak benar.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Dr Faridah Amin pihak yang menularkan klip video itu telah salah faham, kerana stadium itu hanya dijadikan tempat penilaian COVID-19 sahaja, bukan untuk menempatkan pesakit.
“Kes positif datang untuk penilaian, selepas itu disambung dengan pengawasan di rumah, kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), ataupun kemasukan hospital; mengikut keadaan semasa pesakit ketika di bawah penilaian,” katanya ketika dihubungi Bernama.
KENYATAAN YANG DIKELUARKAN DI BULETIN UTAMA
sumber: astro awani
Leave a Reply