COVID-19

Hospital Sungai Buloh Sedia Kontena Untuk Simpan Mayat Covid-19.

PETALING JAYA: Guna kontena simpan mayat. Begitulah keadaan di Hospital Sungai Buloh selepas jumlah korban kian meningkat yang kini terpaksa menggunakan kontena bagi menyimpan jenazah.

Kementerian Kesihatan menerusi ciapan di Twitte berkata, Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan mayat yang meninggal dunia akibat Covid-19.

“”Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana Covid-19.

” Hari ini (semalam), enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu,” katanya semalam.

Kes Covid-19 sebelum ini mencatatkan peningkatan mendadak termasuk jumlah kematian tertinggi dicatatkan sebanyak 44 orang.-

 

sumber : UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *