Kisah Masyarakat Viral

Penguatkuasa Serbu Peniaga Bukan Islam Guna Nama ‘Kak Siti Ayam Penyet’. Ini Yang Terjadi…

Johor Bahru: Sebuah kedai makan yang beroperasi dalam perkarangan rumah dipercayai milik bukan Muslim dengan menggunakan nama ‘Kak Siti Ayam Penyet’ di Taman Johor Jaya, dekat sini mendapat kecaman netizen.

Tinjauan di premis terbabit hari ini mendapati ia tidak beroperasi setelah tular di media sosial sejak semalam. Kedai makan itu sebelum ini beroperasi untuk jualan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi penghantaran makanan.

Guna nama Melayu jual ayam penyet

Semasa tinjauan dibuat, banting iklan makanan ‘Kak Siti Ayam Penyet’ telah diturunkan dan perkakasan masakan yang diletakkan hadapan rumah juga telah tiada.

Kedai Kak Siti Ayam Penyet menjadi viral di laman sosial selepas pengguna mendakwa ia dikendalikan oleh peniaga bukan Islam namun menjual makanan Muslim menggunakan nama Melayu tanpa ada tanda halal.

Perkara itu didedahkan pekerja penghantar makanan yang hairan kerana gerai yang menggunakan nama Melayu tetapi diuruskan oleh peniaga bukan Islam.

Pendedahan itu mendatangkan kemarahan dalam kalangan warganet yang menyifatkan perbuatan itu memperdayakan masyarakat Islam di kawasan berkenaan.

Beberapa pengguna media sosial memaklumkan premis yang beroperasi di dalam kawasan rumah itu telah didatangi pihak penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) susulan laporan diterima.

 

sumber : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *