COVID-19 Viral

Rakyat Minta ‘Total Lockdown’ , MB Selangor Mahu 5 Syarat Ini Di Buat Dahulu..

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Selangor menggariskan lima inisiatif yang perlu dipertimbangkan sekiranya ‘total lockdown’ dilaksanakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut termasuk moratorium automatik untuk golongan yang terjejas.

“Kerajaan Negeri tidak menolak pelaksanaan ‘total lockdown’ namun menggesa pelaksanaannya turut mempertimbangkan lima inisiatif untuk rakyat.

“Antaranya moratorium automatik untuk golongan yang terjejas. SOP yang jelas dan tidak mengelirukan, ‘mass testing’ menyeluruh untuk menghentikan penularan wabak dan pelaksanaan PDPR yang cekap.

“Ini amat penting bagi menjamin kelangsungan kehidupan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Turut dilampirkan dalam hantaran berkenaan ialah poster yang memaparkan lima inisiatif yang perlu dilaksanakan sekiranya ‘total lockdown’ ingin dilaksanakan.

Berikut adalah lima inisiatif yang dinyatakan:

1.MJoratorium automatik haruslah diberikan

2.Pelaksanaan sistem pembelajaran di rumah yang cekap

3.Bantuan kewangan secara langsung kepada B40

4.SOP yang jelas dan tersusun serta pelaksanaan ‘exit plan’ yang tidak terburu-buru

5. ‘Mass Testing’ secara menyeluruh

Selangor nafi tolak cadangan PKP menyeluruh

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan kerajaan negeri menolak cadangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh berikutan kes jangkitan COVID-19 meningkat di negeri itu.

Sebaliknya, beliau berkata, cadangan PKP menyeluruh itu perlu dilihat secara holistik dan kesan sampingan kepada rakyat negeri itu.

Katanya, adalah kurang tepat mengatakan Selangor menolak cadangan PKP menyeluruh kerana kuasa untuk melaksanakan tindakan itu hanya boleh diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Isunya bukan kita menolak tetapi kita perlu melihat secara keseluruhan dan tujuannya. Jika tujuannya mahu menghentikan penularan, kita perlu banyakkan ujian saringan, jika tidak jangkitan akan berkumpul di dalam rumah.

“Begitu juga jika tujuannya untuk mempercepatkan vaksin, kita kena laksanakan program vaksinasi dengan pantas. Malah kita kena melihat juga golongan terpinggir dan semua pihak terbabit…adakah mereka ini sudah bersedia dengan penutupan penuh, adakah semua tenaga mencukupi.

“Kita tidak mahu terperangkap dalam keputusan yang dilakukan yang akhirnya menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak,” katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

Amirudin berkata, kerajaan negeri juga akan mengemukakan cadangan tertentu kepada MKN sekiranya penutupan penuh dilaksanakan di negeri itu, dalam mesyuarat esok atau Jumaat ini.

sumber : mbselangor/bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *