“Pal3stin Di Tindas Neelofa Pun Sama” – Kelab Peminat Kesal Neelofa Di Tindas Seperti P4l3stin

Nampaknya hangat lagi diperkatakan mengenai selebriti popular, Noor Neelofa. Hari ini kecoh apabila Neelofa dan suaminya PU Riz didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Malah, sejak semalam turut dilancarkan petisyen mendesak pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti berkenaan dengan mengenakan hukuman penjara.

Pelbagai kecaman dilemparkan terhadap bekas pengacara MeleTOP itu, peminat meluahkan rasa kesal serta menyifatkan Neelofa ditindas seperti rakyat P4l3stin.

Menerusi Insta Story lofa.page, peminatnya dilihat ada memuat naik status mengatakan P4l3stin dan Neelofa mempunyai satu persamaan dimana P4l3stin ditindas di atas tanah sendiri, Neelofa pula dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri.

Difahamkan, lofa.page merupakan akaun peminat selebriti itu yang kini mempunyai lebih 200 ribu pengikut di Instagram.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

sumber :lofa.page

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*