Kereta melet0p, Badan Lelaki Hancvr

Keadaan di lokasi kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, Kota Bharu. Foto Ihsan Pembaca
Keadaan di lokasi kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, Kota Bharu. Foto Ihsan Pembaca

 

Kota Bharu: Lelaki hancur anggota badan selepas kereta dipandunya meletup dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, petang hari ini.

Kejadian pada 5.38 petang itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangs4 rentung dan terputus dua.

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi berkenaan.

 

Keadaan kenderaan dalam kejadian letupan di Jalan Pintu Geng di Kampung Sireh, Kota Bharu hari ini. Foto Nik Abdullah Nik Omar
Keadaan kenderaan dalam kejadian letupan di Jalan Pintu Geng di Kampung Sireh, Kota Bharu hari ini. Foto Nik Abdullah Nik Omar

Kereta meletup bawa mercun bola

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ketika dihubungi berkata, seorang mangs4 meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat lima kenderaan di lokasi berhampiran yang turut terbakar.

“Cermin masjid berdekatan juga pecah akibat letupan kenderaan itu,” katanya.

Lokasi kejadian kereta meletup di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di Kota Bharu hari ini. Foto Nik Abdullah Nik Omar
Lokasi kejadian kereta meletup di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di Kota Bharu hari ini. Foto Nik Abdullah Nik Omar

 

Kota Bharu: Polis tidak menolak kemungkinan kereta yang meletup menyebabkan seorang lelaki mavt di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, akibat membawa merc0n bola.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, letupan itu menyebabkan mangsa yang maut tercampak sejauh 20 meter dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, katanya, identiti mangs4 masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Difahamkan, empat lagi mangs4 yang berada dalam kenderaan berlainan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

“Kejadian itu turut menyebabkan enam kenderaan terbakar termasuk kenderaan dipandu mangs4,” katanya.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*