Luar Negara Viral

Mimi Lana Tolak Tawaran Dior, Beri Sokongan Kepada Bella Hadid Selepas Di Batalkan Kontrak Jenama Itu.

Bagi memberi sokongan kepada Pal3stin, selebriti sedang meningkat naik, Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 26 telah menolak tawaran satu jenama terkenal antarabangsa untuk melakukan sesi fotografi.

Hal ini susulan pembatalan kontrak Bella Hadid sebagai duta kepada jenama tersebut kerana menyuarakan sokongan terhadap negara darah keturunannya iaitu Pal3stin baru-baru ini.

Sama berjuang walau perkara kecil

Menerusi Harian Metro, Mimi menyatakan  bahawa perkara kecil yang dibuat itu merupakan suatu usaha yang sangat besar maknanya.

“Perkara yang kecil namun sangat besar maknanya. Saya berjuang untuk saudara Pal3stin saya dan untuk Bella.”

“Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Pal3stin. Ia sangat sensitif buat warga Islam di negara ini jika saya buat sebarang hantaran mengenai berkenaan,” katanya.

Untuk makluman, Bella Hadid dan keluarganya merupakan antara selebriti antarabangsa yang lantang menyuarakan sokongan terhadap Pal3stin. Hal tersebut dapat dilihat menerusi Instagramnya yang terang-terangan mengeji rejim zi.0n1s.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella 🦋 (@bellahadid)

Susulan daripada itu, pihak jenama barangan mewah dari Perancis telah membatalkan kontrak Bella sebagai wajah eksklusif jenama itu.

Netizen dan juga peminatnya telah mempersoalkan tindakan tersebut kerana Bella Hadid telah diperlakukan secara tidak adil kerana ada sahaja selebriti lain seperti Gal Gadot yang menyokong negara asalnya dalam isu yang sama.

Sumber: Harian Metro (Gorgie Joseph) Bella Hadid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *