Ada Saksi Nampak Mangs4 Merok0k, Kereta Penuh Mercvn Bola

Kota Bharu: Kejadian kereta melet0p hingga terputus dua, petang semalam dipercayai kerana mangs4 merok.0k dan pada masa sama dalam kenderaan itu mempunyai mercvn bola dalam jumlah banyak.

KEADAAN kereta yang meletup dan terbakar dipercayai membawa mercun bola dalam kejadian di Kampung Sireh. FOTO Arkib NSTP

Kejadian pada 5.38 petang di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, menyebabkan seorang mangs4, Wan Hassan Wan Ali, 49, maut, manakala empat kenderaan lain turut terbakar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, letupan itu agak kuat kerana menyebabkan kemusnahan besar dan memberi kesan dalam jarak 100 meter termasuk kepada kenderaan berdekatan, masjid, rumah penduduk dan tadika.

“Kejadian ini pertama kali berlaku di negeri ini dan polis Kelantan memohon bantuan daripada Unit Forensik dan Unit Bom Bukit Aman untuk membuat analisis kejadian dan mereka dalam perjalanan ke negeri ini, hari ini.

“Hasil analisis termasuk punca kejadian dijangka akan diperoleh tidak lama lagi,” katanya pada sidang media ketika meninjau Kampung Terusan Limbat, Pasir Tumboh di sini, hari ini.

 

SHAFIEN pada sidang media di kawasan di Kampung Terusan Limbat, Pasir Tumboh. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
SHAFIEN pada sidang media di kawasan di Kampung Terusan Limbat, Pasir Tumboh. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

 

Kampung Terusan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 4 Jun depan.

Shafien berkata, kejadian letupan itu berlaku ketika kereta sedang berhenti di lampu isyarat.

“Ada saksi kata, ketika kejadian mangs4 mero.kok dan membuka tingkap sedikit sebelum letupan berlaku.

“Letupan itu menyebabkan empat kenderaan rosak dan empat mangs4 lain cedera termasuk seorang cedera parah. Semua mangs4 yang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kemusnahan dalam kejadian itu belum diketahui memandangkan mangs4 lain termasuk penduduk di lokasi terkesan dengan kejadian belum membuat laporan polis.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya meminta semua mangs4 tampil membuat laporan polis untuk memudahkan siasatan termasuk jumlah kerugian.

“Kami masih menyiasat sama ada m4ngsa terbabit dengan penyeludupan mercun atau tidak dan mangs4 mempunyai dua rekod lampau termasuk berkaitan dadah serta pecah rumah.

“Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan aktiviti penyeludupan barang terlarang kerana ia adalah salah di sisi undang-undang dan boleh membawa padah kepada diri,” katanya.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki hancur anggota badan selepas kereta Proton Iswara dipandunya melet0p.

Petir tidak boleh sebabkan kereta melet0p

Kuala Lumpur: Kereta dan kapal terbang adalah kenderaan yang dibina selamat dan tidak akan melet0p akibat dipanah petir.

Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr Jasrul Jamani Jamian berkata, berada di dalam kenderaan lebih selamat ketika hujan dan petir berbanding berlindung di bawah pokok.

“Jika duduk di bawah pokok kemungkinan untuk disambar petir adalah besar tetapi kita selamat jika duduk dalam kenderaan seperti kereta atau kapal terbang.

“Setakat ini tiada lagi kes kereta meletup disebabkan dipanah petir malah mengikut saintifik, kereta yang dipanah petir tidak akan menyebabkan berlakunya percikan api,” katanya ketika dihubungi.

Beliau diminta mengulas kejadian sebuah kereta membawa mercun terbakar dan melet0p dipercayai dipanah petir di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan petang semalam.

Dr Jasrul berkata, kemungkinan besar kejadian kereta melet0p itu disebabkan oleh mercun dan bukan petir.

“Jika petir menyambar kereta pun kita yang ada di dalam tidak akan terkena renjatan dan kemungkinan besar kejadian kereta melet0p itu disebabkan oleh mercun itu bukan petir.

“Kejadian itu mungkin disebabkan mercun bola itu sama ada ia termampat, keadaan but kereta atau kereta itu sendiri yang menyebabkan mercun itu aktif sehingga menyebabkan berlaku letupan,” katanya.

Beliau berkata, kereta juga menggunakan konsep Farady Cage di mana jika berlaku pengaliran elektrik pada permukaan luar ia tidak akan bagi apa-apa impak pada benda yang berada di dalam kereta.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki maut dalam keadaan anggota badan hancur selepas kereta dipandunya melet0p dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Kampung Sireh.

Kejadian jam 5.38 petang itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangs4 rentung dan terputus dua.

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan ketika kejadian mangs4 merok0.k dan pada masa yang sama dalam kenderaan itu mempunyai mercun bola dalam jumlah yang banyak.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*