COVID-19

Di Katakan Satu Flat Positif Covid-19 Kerana Individu Datang Beraya, Kisah Sebenar Di Dedahkan..

SHAH ALAM – Tular video berdurasi 2 minit 29 saat pada Khamis yang menyaksikan puluhan orang berbaris keluar dari sebuah pangsapuri diiringi petugas lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) menuju ke arah bas.

Kesemua mereka dikatakan individu positif Covid-19 yang dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Lokasi itu didakwa berlaku di Taman Impian Balakong melibatkan penduduk pangsapuri berkenaan yang dijangkiti Covid-19 berpunca seorang individu datang beraya.


Bagaimanapun, sumber daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat berkata, hasil semakan sejak 23 Disember lalu mendapati tiada ‘mass admission’ dari lokaliti tersebut.

“Berkemungkinan video yang tular itu adalah video lama atau di lokaliti lain,” katanya.

Difahamkan, lokasi sebenar kawasan tersebut itu adalah di Flat Bosnia Serdang dan dikatakan puluhan orang yang dirakam beratur panjang itu adalah pekerja kilang yang positif Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, ia adalah prosedur biasa apabila terdapat jangkitan positif di sesuatu kawasan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tiada maklumat lanjut berkenaan tarikh sebenar kejadian dan angka mereka yang terlibat.

“Saya dimaklumkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menghantar bas untuk mengambil pesakit Covid-19 di lokasi berkenaan yang dikatakan pekerja kilang.

“Namun saya tak ada maklumat lanjut mengenainya memandangkan sudah terlalu banyak kes dan kita tak mampu untuk ‘follow up’ setiap kes,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *