Artis

Sudahlah langgar SOP, Peguam Hairan Kereta Neelofa Siap Boleh Parking Dalam Mahkamah.

 

Nampak cerita berkenaan Neelofa tidak habis lagi dibahaskan. Kali ini, Peguam Negeri Sembilan  pula mempertikaikan layanan istimewa yang diberikan kepada selebriti tersebut dan suaminya Muhammad Harris Mohd Ismail ketika hadir ke Mahkamah Seremban, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz telah membuat aduan berkenaan hal tersebut pada hari yang sama Neelofa hadir ke mahkamah itu.

“Kami kadang kena parkir luar”

Menerusi Harian Metro, beliau mempersoalkan mengapa Neelofa mendapat keistimewaan seperti membenarkan kenderaan pasangan itu memasuki kawasan kompleks mahkamah.

“Mereka (peguam) mempersoalkan mengenai layanan istimewa apabila kenderaan pasangan itu dibenarkan memasuki ke dalam kawasan kompleks mahkamah, sementara individu yang lain pula perlu meletakkan kereta di kawasan parkir di bahagian luar mahkamah.”
“Aduan berkenaan dimajukan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, Madihah Harullah pada petang Jumaat lalu.”
“Kita berharap pihak mahkamah akan memberi maklum balas dalam masa terdekat mengenai perkara terbabit,” katanya di sini, hari ini.” katanya

Dalam prosiding tersebut, kenderaan BMW yang membawa pasangan selebriti itu telah memasuki kawasan kompleks mahkamah dan dibenarkan parkir di premis disediakan.

Walau bagaimanapun, menurut Azmi, tempat parkir itu hanya dikhususkan untuk kenderaan kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya serta orang awam yang mempunyai kelainan upaya (OKU).

Beliau turut menjelaskan bahawa sebelum ini ada peguam yang dimarahi pengawal keselamatan kerana membawa kenderaan ke perkarangan mahkamah dan mereka terpaksa patuh bagi menghormati integriti mahkamah.

Terdahulu, Neelofa dan suami telah dituduh atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila tidak scan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika mengunjungi di kedai karpet di Nilai 3, Nilai.

Pasangan ini telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000 dan mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Sumber: Harian Metro (Mohd Amin Jamil)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *