Viral

” I’m sorry sent u to the ICU..”- Anak Sempat Bantu Ayah Ambil Wuduk Sebelum Meninggal Akibat Covid-19

Runtun jiwa seorang wanita yang juga merupakan doktor perubatan apabila bapanya disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat Covid-19, malam tadi.

Menerusi laman Instagram, Dr Sakinah Kamarul Bahrin atau mesra disapa Nor sempat membantu bapanya, Kamarul Bahrin Mohamad untuk mengambil wuduk sebelum dimasukkan ke ICU.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)

“Abah, abah reda ye semua keputusan dan persetujuan yang Nor tandatangan ni,” soal Dr Sakinah sebelum membawa arwah bapanya yang berusia 63 tahun masuk ke ICU.

Selain itu, Dr Sakinah berkongsi luahan dan memohon maaf kepada Allahyarham kerana terpaksa membenarkan semua proses rawatan itu, namun Allah SWT lebih menyayangi bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)

Malah, beliau turut memohon maaf kerana kurang mengingatkan bapanya untuk mengamalkan penjarakan fizikal selain menegaskan bahawa virus tersebut wujud serta boleh membunuh nyawa orang tersayang.

Sumber: Instagram @sakinah_kb / omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *