Viral

Kecoh Nilai 3 Jadi Milik Selangor Sampai MB Kena Usik Dengan MB Negeri Sembilan

Seremban: Pusat membeli-belah Nilai 3 Nilai di sini, seolah-olah menjadi rebutan antara Negeri Sembilan dengan Selangor gara-gara k.es usahawan dan s.elebriti p.opular Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) dan suaminya, Mohammad Haris Mohd Ismail.

Neelofa dan Muhammad Haris sebelum ini tidak dit.uduh atas kes.alahan merentas negeri ke Nilai 3 pada awal bulan ini sebaliknya pertuduhan hanya membabitkan k.es pelang.garan prosedur o.perasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu dikesan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka ketika berkunjung ke kedai karpet Naeem Carpet Sdn Bhd di sini, pada 2 Mei lalu.

I.su itu membuatkan netizen di media sosial, memuat naik status s.indiran mengatakan Nilai 3 kini seolah-olah sudah berpindah ke Selangor.

Kenyataan itu turut mengundang reaksi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang membuat ciapan mengusik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengenai Nilai 3.


Aminuddin menerusi ciapan di Twitter miliknya mengusik dengan menulis ‘berapa harga nak beli Nilai 3 ya? dan kemudian dibalas Amirudin ‘Hahaha kena bincang dengan juru nilai’.

Aminuddin kemudian memb.alas ‘kejap, saya ukur Nilai 3’, sekali gus disambut seorang individu lain yang menawarkan perkhidmatan ukur tanah, sambil menulis janganlah jual Nilai 3 Datuk.

Aminuddin kemudiannya membalas dengan jawapan bahawa beliau hanya sekadar bergurau.

I.su Neelofa dan suami ke Nilai 3, menimbulkan rasa tidak senang netizen kerana tiada pend.akwaan rentas negeri dikenakan terhadap pasangan terbabit yang jelas memasuki Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman sudah mengesahkan bahawa kertas s.iasatan berhubung i.su pergerakan rentas negeri membabitkan pasangan berkenaan sudah dirujuk ke Jabatan P.eguam Negara.

Kes rentas negeri Neelofa, suami dirujuk ke Jabatan Peguam Negara

SEREMBAN: Kertas siasatan berkenaan isu pergerakan rentas negeri yang melibatkan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail ke Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, perkara itu telah dirujuk pada pukul 2.30 petang semalam bagi mendapatkan keputusan berkaitan mengenai perkara itu.

“Berhubung isu pergerakan rentas negeri ke Nilai, kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 21 Mei 2021 pukul 2.30 petang untuk keputusan berkaitan dengan perkara itu, selaras dengan Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19 dan tidak mensensasikan fakta atau isu berkenaan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu mengenai pergerakan rentas negeri Nor Neelofa dan Muhammad Haris ke Nilai 3, Nilai dekat sini menimbulkan persoalan daripada netizen dan masyarakat apabila tiada pertuduhan mengenainya oleh mahkamah terhadap pasangan tersebut.

Sebaliknya, pertuduhan ke atas Noor Neelofa adalah atas kesalahan kegagalan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual.

Muhammad Haris didakwa atas dua pertuduhan iaitu bagi pertuduhan pertama atas kesalahan yang sama dengan Neelofa iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Haris didakwa kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebagaimana ditetapkan dalam SOP PKPB.

Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Majistret Seremban kelmarin bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan Noor Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 manakala Muhammad Haris RM10,000 atas dua pertuduhan ke atasnya

Kredit : HMetro, utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *