Meriah Ziarah Raya, Exco Selangor Mohon Maaf.

Shah Alam: Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang Exco Selangor melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri seperti ditularkan di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan dijalankan selepas satu laporan dibuat berikutan tular gambar majlis sambutan Aidilfitri yang didakwa dianjurkan di rumah Exco berkenaan.

No photo description available.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit petang semalam dan akan memanggil Exco terbabit serta individu di dalam gambar yang ditularkan itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Jika didapati melakukan kesalahan (perlanggaran SOP), tindakan akan diambil mengikut peruntukan yang ada,” katanya dalam sidang media menerusi Google Meet, hari ini.

Arjunaidi berkata, jumlah individu terbabit dalam majlis sambutan Aidilfitri itu masih dalam siasatan.

“Jumlah berapa ramai tidak dapat dipastikan lagi… daripada keterangan mereka nanti, baru kita akan dapat kesan.

“Tetapi berdasarkan gambar memang ramai dan semua akan dipanggil untuk beri keterangan (termasuk Exco),” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar yang didakwa berlaku perlanggaran SOP ziarah raya sehingga menerima kritikan awam.

Media semalam melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor dipetik berkata, perkara itu dikesan polis sekitar 5.45 petang pada Khamis selepas ditularkan di laman Twitter.

No photo description available.

LANGGAR SOP ZIARAH HARI RAYA – EXCO SELANGOR MOHON MAAF

“Merujuk kepada tersebarnya gambar saya dimedia sosial bersama tetamu yang singgah berziarah di rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya pada Khamis, 20 Mei 2021 telah pun memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

“Saya dengan ini ingin menyatakan kekesalan yang mendalam atas perkara ini. Saya berjanji bahawa perkara seumpama ini tidak akan berulang. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak di atas kesalahan ini. Saya mengakui kesilapan dan akan mengambil sepenuh tanggungjawab berhubung perkara ini,” demikian permohonan maaf seorang Berhormat (YB) yang didakwa bertaraf EXCO di Selangor.

No photo description available.

ia berikutan tular di media sosial gambar EXCO itu yang didakwa melanggar SOP ziarah raya membabitkan rumahnya yang dikritik hebat oleh masyarakat.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata perkara itu dikesan pihak polis kira-kira jam 5.45 petang pada Khamis lalu selepas ia tular di laman Twitter @SuzieMusa.

“Gambar yang dimuat naik itu mendakwa terdapat seorang Yang Berhormat (YB) bertaraf EXCO di Selangor dalam satu majlis sambutan Aidilfitri di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat,” katanya.
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Siasatan sedang dijalankan dan pihak terbabit didapati melakukan kesalahan (melanggar SOP), tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” ujarnya dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media dalam talian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*