Ali Puteh Berjaya Kesan Individu Hina ‘Anak Haram’. Tindakan Ali Kepada Individu Ini Memang Tak Sangka

Pelawak, Ali Puteh mendedahkan dia sudah menemui pemilik akaun Instagram yang telah melemparkan kata-kata berunsur kesat serta hinaan kepada dirinya dan keluarga pada hari Jumaat yang lalu.

 

Kuat main j*d*

Salam Jumaat, di hari yang mulia ini, sesiapa boleh bantu cari kan manusia ini. Maki tu maki lah, tapi sampai anak saya dikatakan anak luar nikah ni melampau! Bantu saya kawan-kawan semua cari manusia ini. Sampai keturunan saya di katakan yahudi. Siapa dapat info cari manusia ni, cash 1000 ringgit saya bagi hadiah.

Menurut Ali, dia berang apabila ada individu menggelar anaknya sebagai anak luar nikah di ruangan komen. Tambah Ali, komen yang ditulis itu sudah melampaui batas sehingga dia terpaksa menawarkan RM1000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai individu di sebalik akaun Instagram tersebut.

Okay dah jumpa

Okay dah jumpa tadi. Katanya bukan dia yang buat. Ada orang lain yang guna Instagram dia untuk menghina saya dan keluarga. Jadi saya serah pada polis jer. Mereka lebih arif untuk menyelesaikan masalah ini. Sabar itu indah. Berdoa pada Allah semoga semua dipermudahkan. Jangan kita semua orang Islam menabur fitnah sana sini. Di dunia mungkin terlepas tapi di akhirat tak akan terlepas. Tak apa, jangan kita balas. Allah akan balas.

Terbaru, Ali memberitahu dia sudah menemui pemilik akaun Instagram tersebut. Namun, individu terbabit mengaku tidak bersalah dan memaklumkan bahawa ada orang lain telah menggunakan akaun IG nya. Susulan daripada itu, Ali telah membawa kes tersebut ke balai polis dan membiarkan pihak polis menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: Ali Puteh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*