Viral

Insiden LRT : Tren Berhenti Mengejut, 47 Penumpang Parah.

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan 47 penumpang cedera par4h manakala 166 mengalami kecederaan ringan dalam insiden kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan terdapat 213 penumpang di dalam tren yang bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.

Menurutnya, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain

 

AMBULANS tiba untuk membawa penumpang cedera ke hospital. FOTO ASWADI ALIS.

Penumpang cedera, tren LRT berhenti mengejut 


Kuala Lumpur: Beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya cedera dalam insiden membabitkan dua tren, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 9 malam ketika tren itu dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan di lokasi.

“Berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut.

“Kejadian itu menyebabkan penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Bagaimanapun, katanya, maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik siasatan dilakukan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu yang membabitkan tren bernombor 40 dan 81.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan serta mengawal keadaan,” kata kenyataan itu.

 

KEADAAN di dalam LRT. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN di dalam LRT. FOTO Ihsan Pembaca

 

Tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan kecederaan penumpang dan situasi cemas di lokasi kejadian.

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *